Kepada sesiapa yang nak bagi idea ke , post baru ke , atau pada saja pandangan kritikan leh email kt >>
pizzagood91@gmail.com
Powered By Blogger

Friday, August 27, 2010

Sebastien Squillaci Sah Milik Arsenal






Arsenal hari ini mengumumkan telah berjaya membawa masuk seorang lagi pemain pertahanan tengah. Pemain tersebut ialah Sebastien Squillaci dari Sevilla. Wenger juga telah mengesahkan pada sidang akhbar sebentar tadi walaupun masih belum diumumkan lagi oleh Arsenal.com tetapi sumber dari Soccernet.com telah mengesahkan perpindahan tersebut.

Perpindahan yang dijangkakan sejak seminggu yang lalu telah menjadi kenyataan apabila Arsenal dan Sevilla berjaya mencapai kata sepakat dan Sevilla juga memberi petunjuk awal apabila mereka tidak membawa Squillaci ketika Play-off UEFA Champion League baru-baru ini menentang FC Braga bagi mengelak Squillaci dari tidak dapat bermain dengan Arsenal dalam kejohanan tersebut.

Squillaci merupakan pemain pertahanan tengah yang sangat berpengalaman di Eropah. Pengalaman beliau bersama skuad kebangsaan juga sangat baik. Berumur 30 tahun, beliau sememangnya akan menambah kekuatan dibahagian pertahanan Arsenal untuk musim ini dan aku berharap sumbangan beliau tidak hanya kepada bertahan tetapi dalam gerakkan set-pieace.

Jadi, dengan berita terbaru ini aku berharap Gooners di Malaysia dapat memberi pandangan tentang pemain baru Arsenal ini. Aku berharap kerjaya beliau bersama Arsenal akan lebih baik dan dapat memberi piala kepada Arsenal untuk musim ini. So cukup dulu setakat ini, Adios!!!

No comments:

Post a Comment

Search Anything