Kepada sesiapa yang nak bagi idea ke , post baru ke , atau pada saja pandangan kritikan leh email kt >>
pizzagood91@gmail.com
Powered By Blogger

Friday, August 27, 2010

Sebastien Squillaci diperkenal secara rasmi sebagai pemain Arsenal




Sebastien Squillaci akhirnya secara sah telah diperkenalkan oleh laman web rasmi Arsenal sebagai rekrut ketiga arsenal pada musim perpindahan kali ini.
Sedikit mengenai Squillaci:

-berumur 30 tahun
-bermain di posisi pertahanan tengah
-menggunakan jersi no 18 Arsenal yang pernah dimiliki oleh Silvestre
-sebahagian daripada pemain skuad piala dunia perancis di afrika selatan 2010
-mempunyai 21 cap bersama negaranya perancis-bekas pemain sevilla dan lyon
-berketinggian 1.85m
-memenangi 2 kejuaraan liga perancis 2007 dan 2008 bersama Lyon sebelum berhijrah ke Sevilla



Squillaci berkata dalam laman web Arsenal:
"This is an exciting move for me. Arsène Wenger is a highly respected coach who I am very much looking forward to working with and of course, I know some of the Arsenal players through the national team. Arsenal is recognised as a side that not only plays beautiful football but one that challenges for trophies at the highest level and I am very excited to be joining such a fantastic club."
(ini perpindahan yang menarik bagi saya. AW adalah seorang jurulatih yang saya sangat hormati dan saya sentiasa mengimpikan untuk bekerjasama dengannya. saya juga mengenali beberapa pemain Arsenal yang bermain untuk perancis. Arsenal bukan sahaja pasukan yang dikenali kerana bermain dengan corak permainan cantik malah Arsenal juga merupakan pasukan yang bersaing untuk trofi. Saya sangat teruja untuk meyertai pasukan yang sangat fantastik ini)

Dengan kehadiran Squillaci, diharap Arsenal akan bertambah mantap terutama di bahagian pertahanan. Pengalaman dan kekentalan squillaci pastinya amat ditagih bagi memperkuatkan skuad Arsenal.

No comments:

Post a Comment

Search Anything