Kepada sesiapa yang nak bagi idea ke , post baru ke , atau pada saja pandangan kritikan leh email kt >>
pizzagood91@gmail.com
Powered By Blogger

Sunday, August 29, 2010

Update Kecederaan Van Persie


Striker utama Arsenal, Robin van Persie yang cedera pada pertemuan dengan Blackburn semalam dijangka perlu berehat selama 10 hari atau dua minggu. Menurut Wenger, kaki Persie cuma terkehel sedikit akibat terjahan pemain blackburn semalam. Bagaimana pun ini hanya merupakan jangkaan awal sahaja. Kita akan dapat tahu betapa serius sebenarnya kecederaan Persie nanti apabila keputusan pemeriksaan lanjut diketahui tak lama lagi.

Harap-harap Persie tak injurd teruk sangat. Kalau betul dua minggu sahaja itu sudah cukup baik kerana perlawanan seterusnya adalah pada 11 september iaitu dua minggu lagi. Jadi team kita tak akan terasa sangat kehilangan Persie. Jangan jadi macam musim lepas sudah la. Walaupun kita dah ada Chamakh, Persie tetap diperlukan lebih-lebih lagi kalau Arsene Wenger nak rotate pemain. Bukan nak menafikan kewujudan Bendtner tapi bayangkan kalau semua pemain Arsenal fit lebih-lebih lagi yang berpengaruh macam Persie dan Fabregas, Arsenal pasti akan dapat pergi lebih jauh.

Saya percaya tak akan ada orang yang dapat menafikan bahawa salah satu punca Arsenal gagal memenangi trofi adalah masalah kecederaan. Saban musim Arsenal sering menjadi pasukan yang mempunyai masalah kecederaan yang paling teruk. Harap musim kali ni nasib Arsenal akan lebih baik.

Sempena bulan Ramadan ni jugak harap-harap pasukan yang selalu mengambil jalan mudah dengan bermain secara fizikal untuk mencapai kemenangan ketika bertemu Arsenal bermuhasabah diri. Mentang-mentang pemain-pemain Arsenal kecil-kecil semuanya diorang suka hati je nak lanyak macam main gusti. Perkara ni jelas dapat dilihat ketika Arsenal menentang pasukan-pasukan seperti Blackburn, Stoke city, termasuk Man U sekali pun. Sebab tu Wenger kritik pemain-pemain Man U macam si Scholes dengan Fletcher tu. Tackle tah pape, yang angin nya Reff selalu aje menyebelahi Man U ni. Tah berapa la Man U bayar kat Reff tu.

Sampai sini jela setakat ni. Apa-apa perkembangan akan diupdate kemudian.

Once a Gunners always a Gunners!

No comments:

Post a Comment

Search Anything