Kepada sesiapa yang nak bagi idea ke , post baru ke , atau pada saja pandangan kritikan leh email kt >>
pizzagood91@gmail.com
Powered By Blogger

Saturday, October 16, 2010

Preview : Kedah vs Terengganu...





hahahahahaha...
ari ni aku dalam dilema...
sama da nk g stadium ka dak...
awek ak xbagi p....
huhuhuhuhu...
mesti rancak perlawanan malam nie.....
PULUN KEDAH PULUN...

My New Blog Logo

Alhamdulillah ,berjaya gak ak wat logo untuk blog ak...
hahahahahaha...
ak nie xla kreatif sgt...
tp design nie pon tetibe terlintas kt fikiran ak...
gyahahahahahahahhahaha~~
leh komen la logo nie...
kot2 aku leh ubah...
logo nie ak wt sebab blog membe ak...
dy ada logo,kenape ak xleh xdak....ahhhhh....ak nk wt gak...
akhirnya impian ak tercapai...
jeng3.....
mempersilakan.......>>

Friday, October 15, 2010

Welcome back Ramsey


















Ini pic terbaru ramsey....
kaki dy pon dah nampak elok...
xbengkok pon...
siap leh lari2 lagi...

Welcome back Bendtner n Gibbs!!



Arsene Wenger telah mengesahkan yang Arsenal telah menerima kepulangan Nicklas Bendtner ataupun lebih tepat lagi the real Nicklas Bendtner selepas pasukan staf perubatan Arsenal berjaya memastikan kecederaan groin Bendtner tidak akan menganggu prestasi Bendtner lagi.. Bendtner akan memberikan saingan kepada Chamakh untuk posisi penyerang utama semasa menentang Birmingham hari sabtu ini..

Kieran Gibbs juga akan turut serta dalam pasukan Arsenal selepas mengalami kecederaan betis.. Theo Walcott juga berkemungkinan besar akan kembali semasa Arsenal menanti kunjungan Birmingham selepas Wenger mengesahkan Walcott akan kembali menjalani latihan hari ini dan beliau akan lihat jika Walcott akan turut serta..

Namun Cesc Fabregas masih akan terlepas perlawanan menentang Birmingham walaupun dilihat telah kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukannya.. Namun Fabregas mempunyai peluang untuk kembali pada perlawanan menentang Shaktar Donestk pertengahan minggu depan..

Tiada sebarang kecederaan dari aksi antarabangsa kecuali Bacary Sagna yang mengalami kecederaan paha.. Dan Wenger juga sudah mengesahkan yang Sagna akan terlepas aksi ini dan Emmanuel Eboue dilihat akan bermain di posisi kegemarannya di posisi bek kanan akibat kecederaan yang melanda Sagna..

Sagna dan juga Thomas Vermaelen dijangka hanya akan kembali 10 hari lagi.. Manuel Almunia pula berada di dalam keraguan untuk beraksi pada perlawanan menentang Birmingham esok dengan Lukasz Fabianski dilihat akan terus mengekalkan tempatnya di kesebelasan utama.. Robin Van Persie akan menyertai Aaron Ramsey untuk kembali semula sepenuhnya bulan November ini..
Go Gunners Go

Tuesday, October 5, 2010

Internet Explorer 9????





cm nie la rupa bru internet explorer yang baru...
kepopularan IE nie semakin menurun...
hahahaha~~~~~~
IE xdapat tandingi browser2 yang lain cm mozilla,opera mini dan paling mengejutkan ialah google chrome....browser yang paling baru tp mempunyai ramai penggunanya...
nice~~~

Sunday, September 19, 2010

Preview Match 5: Sunderland v Arsenal at Stadium of Light


Malam nie Arsenal bakal diuji oleh pasukan pengacau iaitu Sunderland. Musim lepas kita kalah pada Sunderland di tempat lawan. Kali nie aku harap Arsenal akan balas dendam balik atas kekalahan yang merencatkan sket kempen Arsenal musim lepas. So, nie la barisan yang aku jangka akan diturunkan malam nie:


ArsenalMalaysia's Predicted XI

Almunia
Sagna---Squillaci---Koscielny---Clichy
--Song--
Wilshere---Fabregas
Rosicky---Chamakh---Arshavin

Aksi Arsenal untuk permulaan musim nie sangat memberangsangkan dengan rata-rata pemain menunjukkan persembahan yang memberangsangkan.Tapi aku cukup risau bila diorang dah mula selesa dengan aksi semasa. Jadi untuk perlawanan malam nie, Arsenal kena buktikan kepada penyokong yang Arsenal betul2 dahagakan kejuaraan.

Wenger dijangka tidak menghadapi masalah ketika pemilihan pemain, sebab walaupun masih dibelengu dengan masalah kecederaan pemain Wenger masih lagi ada skuad yang mantap. Kecederaan Robin Van Persi, Vermaelen, Bendtner, Walcott dan Ramsey tidak sedikit pun merencatkan percaturan Wenger untuk permulaan musim ini. Kemenangan 6-0 keatas Braga telah memberi amaran kepada pencabar kejuaraan musim ini yang Arsenal betul2 telah bersedia.

Malam nie aku menjangkakan yang bintang baru Arsenal iaitu Squillaci a.k.a Squirt akan terus mengukuhkan tempat beliau sepanjang ketiadaan Vermaelen di barisan pertahanan tengah Arsenal. Gandingan beliau semestinya Koscielny yang telah menunjukan persembahan cemerlang bersama beliau. Jadi tugas mereka kali ini untuk mengekalkan jaring Arsenal dari dibolosi. Sagna dan Clichy dijangka akan terus dikekalkan aksi mereka.

Bintang muda Arsenal, Jack Wilshere dijangka akan terus meneraju barisan tengah Arsenal. Aksi Jack ketika membantu Arsenal menewaskan Braga cukup outstanding. Bermain one-two dengan Chamakh merupakan aksi terbaik beliau pada malam tersebut selain umpanan kemas kepada Fabregas sebelum Vela menyumbat gol ke-6 Arsenal. Jadi tidak mustahil beliau akan terus beraksi memandangkan Diaby yang masih cedera. Harap gandingan beliau bersama Fabregas akan terus mengerunkan benteng Sunderland.

Our Captain yang dah kembali ketahap terbaik permainan beliau masih tidak yakin dengan pasukan melainkan semua pemain Arsenal menunjukkan kosentrasi dan konsisten untuk setiap permainan. Arsenal boleh menjadi lebih baik dalam setiap permainan sekiranya pemain yang Arsene Wenger turunkan dapat memberi persembahan yang terbaik. Tetapi kita kena bersiap sedia juga untuk menerima sebarang malapetaka sekiranya Arsenal tewas pada mana2 pasukan dan terus berdiri dibelakang Wenger untuk kempen kali ini.

Bagi aku dari segi serangan Arsenal tidak menghadapi masalah besar, cuma dibahagian pertahanan diharap akan memberi persembahan yang boleh la dipuji walaupun tewas. Aku yakin pemain tengah Arsenal akan sentiasa turun memberi pertolongan sekiranya Arsenal diserang. So, untuk perlawanan malam ini Arsenal perlu menewaskan Sunderland dan terus mengejar Chelsea untuk kejuaraan kali ini.



Go Arsenal Go!!!!

Friday, September 17, 2010

Champion League: Arsenal FC vs SC Braga

Prediction player and result:

ALMUNIA
SAGNA-----SQUILLACI-----KOSCIELNY-----GIBBS
SONG-----DENILSON
EBOUE-----FABREGAS------ARSHAVIN
CHAMAKH

Arsenal

6

ARSENAL

Braga

0

BRAGA

  • Fabregas 9 (pen), 53,
  • Arshavin 30,
  • Chamakh 34,
  • Vela 69, 84

Search Anything